Friday 14 August 2015

Tempoyak Ikan Patin - versi Sendiri

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN Versi Sendirian Berhad
===================================

 BAHAN:-
 Bawang merah - 1 biji
 Serai
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
Sedikit garam

Cara cara:

Tumbuk cili merah,bawang merah dan cili padi. Jangan sampai terlalu hancur pulak.

Kemudian masukkan tempoyak,serai dan bahan yang ditumbuk ditumbuk ke dalam periuk yang berisi air.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.

Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota: Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.



No comments:

Post a Comment