Friday 14 August 2015

Ayam Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Ayam Masak Lada Hitam (Black Pepper)
==========================
Bahan-bahan yang diperlukan (2 orang makan) :

6 ketul ayam
Serbuk kunyit - optional
1 labu bawang besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
Setengah inci halia -dihiris
3 biji tomato ceri (kecik-kecik tu) -dibelah dua
4 batang cili padi -dihiris dua (optional)
Daun bawang - dipotong
2 sudu sos black pepper (apa-apa jenama pon boleh, i used Life brand)
Setengah paket perencah black pepper (klau xda guna black pepper tumbuk)
Garam dan Gula
Mix vege
Lada kering - belah 2


Cara-cara Penyediaan

Memula, sila perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan kuali dengan minyak panas dan goreng ayam tadi.

Jangan goreng sampai kering ye. Ketepikan ayam.

Now, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Goreng sampai wangi.

Gaul hingga naik bau, then, masukkan Setengah paket perencah lada hitam.

Tambah sedikit air (ikut kepekatan atau berapa banyak kuah yang uols nak)

Tambahkan juga 2 sudu sos black pepper.

Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi.

Masukkan tomato,mix vege, lada kering,cili pa, dan lastly masukkan daun bawang.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Siappppp :)



Tempoyak Ikan Patin - versi Sendiri

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN Versi Sendirian Berhad
===================================

 BAHAN:-
 Bawang merah - 1 biji
 Serai
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
Sedikit garam

Cara cara:

Tumbuk cili merah,bawang merah dan cili padi. Jangan sampai terlalu hancur pulak.

Kemudian masukkan tempoyak,serai dan bahan yang ditumbuk ditumbuk ke dalam periuk yang berisi air.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.

Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota: Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.



Tom Yam Poktek Ala Thai

TOMYAM POKTEK ALA THAI
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAN-BAHAN:-
600 gm ayam (saya guna isi ayam)
6 batang serai
15-20 tangkai cili padi
1/2 biji kelapa (diambil 2 mangkuk santan)
6 helai daun limau purut
3 biji tomato
1 labu bawang besar
2 peket cendawan tiram
2 tangkai daun bawang
secekak daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 kiub tomyam
3 tsb paste cili (mae phranom)
2 tbsp sos nampla
1 biji limau nipis besar (perah airnya)

CARA MEMASAK:-
 1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.

2. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)))

3. Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan kiub tomyam.

4.Masukkan pula ayam,masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.

5. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat...



Ayam/Daging Masak Manis

AYAM / DAGING MASAK MANIS
====================

BAHAN :

Ayam / daging
Stok air rebusan daging(kalau pkai daging)
Santan
Bunga lawang
Kayu manis
Bawang putih
Bawang merah
Kicap pekat
Cili blander/giling
Gula

CARA-CARA
==========

1.Tumis bawang putih,merah dan kayu manis hingga garing.

2.Masukkn cili blander/giling. Tumis hingga keluar minyak

3.Masukkan air rebusan daging.Biarkan smpai mendidih.

4.Masukkan kicap pekat dan kicap manis.

5.Masukkan daging/ayam dan sedikit gula.

6.Masukkan santan. Biar hingga daging/ayam masak.

Siap...✌✌✌✌

Klau nk hitam lebihkan la kicap tu. Garam xpayah pkai sbb kicap dah rase masin..

SELAMAT MENCUBA..🎉🎉🎉🎉